PERIKANAN

TEKNOLOGI PERIKANAN 

Pada besarnya industri perikanan di negara ini boleh dianggap sebagai satu industri bermusim,  atau dipengaruhi dan ditentukan oleh keadaan cuaca.  Umpamanya di musim tengkujuh,  aktiviti menangkap ikan di laut adalah terhad.  Ini pula akan menyebabkan sumber pendapatan mereka yang terlibat di dalam industri atau aktiviti ini akan terhad.

Jabatan Perikatan umpamanya sudah pun menemui satu kaedah pemeliharaan ikan yang tentu sekali boleh dimanfaatkan.  Sebagai contoh ikan laut sekarang boleh dipelihara di darat,  dan ikan-ikan sungai pula dipelihara di dalam sangkar atau di kolam.

Dipercayai teknologi ini,  jika digunapakai oleh anggota masyarakat desa yang melibatkan diri dalam aktiviti perikanan ini,  akan dapat menentukan kestabilan pendapatan mereka.

Program PUSAT TEKNOLOGI ini akan merapatkan mereka dengan teknologi-teknologi ini.

Tinggalkan komen