HADIS RASULULLAH s.a.w

Kepentingan Ilmu:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”    
        

Riwayat al-Bazzar

Tafsiran perkataan ‘teknologi’

Hingga kini masih ramai antara kita yang menganggap bahawa teknologi yang disebut-sebut itu adalah yang berkait dan melibatkan maklumat,  iaitu yang dipanggil ‘teknologi maklumat’.   Memang inilah pandangan dan pengertian  orang-orang biasa atau anggota masyarakat ‘layman’ terhadap perkataan ini   Manakan tidak kerana pengertian inilah yang selalu ditonjolkan dalam akhbar atau lain-lain saluran media massa.   Bila disebut sahaja ‘teknologi’ maka yang terlintas di kepala ialah ‘teknologi maklumat’.

Sebenarnya teknologi melibatkan pelbagai bidang atau aktiviti kehidupan kita.   Pendek kata tiap aktiviti yang berkait dengan kehidupan seharian kita ada hubungannya dan ada melibatkan teknologi.

Bidang-bidang aktiviti utama dalam kehidupan masyarakat desa umpamanya melibatkan teknologi  iaitu seperti teknologi pertanian,  teknologi ternakan,  teknologi perikanan,  teknologi perushaan desa  dan seumapamanya.  Selain dari itu bidang-bidang seperti perubatan,  kesihatan,  pelajaran,  pembangunan keluarga,  kejeruteraan,  pembinaan,  pengeluaran,  komunikasi dan lain-lain lagi juga melibatkan teknologi.  Mungkin banyak lagi bidang aktiviti,  terutama sekali dalam bidang sains yang banyak menggunakan teknologi.

Semua bidang aktiviti ini memerlukan dan menggunakan teknologi dalam proses-proses yang terlibat dalam operasi dan pelaksanaan masing-masing.

Jadi adalah menjadi tujuan utama blog  TEKNOLOGI SENTRAL  ini untuk cuba memberI penerangan dan penjelasan selengkapnya mengenai perkataan atau subjek ‘teknologi’ ini,  supaya tidak wujud sebarang kekeliruan.  Kefahaman dan penghayatan pengetahuan ini adalah amat penting dalam usaha kita untuk merapat dan mencebur diri dalam teknologi dalam kehidupan kita di zaman yang serba moden hari ini.

Pihak kami dari masa ke semasa akan memberi  cerita, kisah, berita dan peristiwa mengenai berbagai teknologi yang kita gunakan atau akan gunakan dalam perjalanan hidup kita seharian.

Berita Teknologi Serantau – Julai 22 2012

KLIK TAJUK AKHBAR/SUMBER UNTUK ARTIKEL LENGKAP

TEH:  BAIK UNTUK TAK DAN MINDA

Kajian saintifik telah mencadangkan pengambilan teh sebagai minuman harian dapat merendahkan risiko penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Dr Carol Greenwood, seorang saintis nutrisi dari Universiti Toronto, kandungan dalam teh membantu meningkatkan dan memperbaiki kesihatan otak kerana ia memberi kesan terhadap aktiviti sel dalam otak.  Baca lagi di MAJALAH SAINS.com
 SUARA KODOK JADI INSPIRASI EFISIENSI JARINGAN NIRKABEL

Sekelompok tim ilmuwan dari Polytechnic University of Catalonia, Spanyol mencoba cara baru untuk membuat algoritma yang dapat mengoptimalkan node-node pada jaringan. Langkah ini diharapkan bisa diterapkan untuk mengembangkan jaringan nirkabel yang efisien.

Tetapi uniknya, ide dari algoritma tersebut datang dari suara kodok jantan yang tengah mengorek. Tepatnya Japanese tree frog (Hyla japonica) atau kodok pohon Jepang.  Baca lagi di NATIONAL GEOGRAPHIC INDONESIA 

MESIN KUIH SAMPRIT

Siri inovasi kembali selepas kali pertama diwujudkan pada 2010 melibatkan 100 siri artikel. Ia bertujuan memberi ruang kepada masyarakat mengenali dan mempelajari kreativiti dan inovasi yang mampu memberi manfaat kepada mereka.

Seperti yang diketahui, dunia perniagaan berkait rapat dengan kreativiti dan inovasi. Tanpa kreativiti dan inovasi, dunia perniagaan akan kekal statik tanpa sebarang pembaharuan dan perubahan.  Baca lagi di UTUSAN ONLINE

PELAJAR SAINS KESIHATAN DITAMBAH

Gombak: Pengambilan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang sains kesihatan akan ditambah daripada 55,000 pada 2010 kepada 150,000 menjelang 2020.

Ia berikutan kekurangan 1.2 juta tenaga kerja profesional dalam bidang penjagaan kesihatan di rantau Asia Tenggara yang dijangka meningkat kepada 1.8 juta menjelang 2020.  BERITA HARIAN ONLINE

TEKNOLOGI ULTRASONIK DALAM PERUBATAN

Setiap makhluk mempunyai julat frekuensi pendengaran yang berbeza. Manusia boleh mendengar dalam julat frekuensi 20 Hz sehingga kira-kira 20 kHz. Gelombang bunyi dengan frekuensi yang lebih rendah dari julat pendengaran manusia dikenali sebagai gelombang infrasonik manakala gelombang bunyi dengan frekuensi gelombang ultrasonik melampaui had pendengaran manusia dikenali sebagai ultrasonik.   Baca lagi di MAJALAH SAINS.com

Berita Teknologi di Akhbar Online Bahasa Inggeris – Julai 16 2012

Shrinking Leaves Point to Climate Change

ScienceDaily (July 4, 2012) — University of Adelaide researchers have discovered that recent climate change is causing leaves of some Australian plants to narrow in size.

The study, which is the first of its kind in the world, highlights that plant species are already responding to changes in climate. The results are published online July 4 in the Royal Society journal Biology Letters.

Researchers analysed leaves from herbarium specimens of Narrow-leaf Hopbush (Dodonaea viscosa subsp.angustissima) dating from the 1880s to the present. The study focused on specimens from South Australia’s Flinders Ranges.  Read more in SCIENCE DAILY.COM

Sakha Park Included on World Heritage List

UNESCO’s World Heritage Committee, which is holding its yearly session in St. Petersburguntil July 6, has includedRussia’s Lena Pillars national park on its list of areas of special natural importance.

The Sakha republic park was awarded special heritage status despite a “large” number of objections from UNESCO’s consultative body, which considered the park’s application incomplete, GreenpeaceRussiawrote on its website.

Lena Pillars, which covers roughly 485,000 hectares in the region also known as Yakutia in Russia’s Far East, is famed for its column-like rock formations along the banks of theLenaRiver. The natural towers can reach 100 meters in height and were formed during the Cambrian era more than 500 million years ago, the park’s website said.

Researchers have also discovered the remains of ancient species on the park’s territory, including bones of mammoths, Lenahorses and woolly rhinoceroses.  THE MOSCOW TIMES ONLINE 

Newer Technologi to Control Blood Sugar Works Better Than Conventional Methods

ScienceDaily (July 9, 2012) — Newer technologies designed to help people with type 1 diabetes monitor their blood sugar levels daily work better than traditional methods and require fewer painful needle sticks, new Johns Hopkins research suggests.

The research findings, published online in the July 10 issue of theAnnals of Internal Medicine, suggest that even though these diabetic control technologies are more costly, people with diabetes who use an insulin pump are more satisfied with their treatment and quality of life than those who give themselves insulin shots many times a day.

Researchers say they still want to investigate how patients using these convenient technologies fare in the long term as compared to those who use older methods. Read more in SCIENCE DAILY.COM  

Nation sets focus on electric,  hybrid cars

Chinais making the industrialization of pure electric vehicles and plug-in hybrid automobiles the focus of its new plan to develop energy-saving and alternative-energy vehicles by 2020.

The measure, aimed in part at upgrading the auto industry, was adopted by the State Council on Wednesday in the long-awaited industry development plan on energy saving and new-energy vehicles.

The plan proposed for the first time that pure electric vehicles will be the strategic orientation for Chinato upgrade its big but not yet strong automobile industry. In addition, the industrialization of pure electric and plug-in hybrid vehicles will be the industry priority, along with the wide use of hybrid and energy-saving combustion-engine powered automobiles.  CHINA DAILY ONLINE

Rice isn’t bad for diabetics after all, says study

NEW DELHIRice isn’t the diet villain as commonly thought. In fact, two types of rice commonly consumed by India’s middle classes have now been found to have the lowest Glycemic Index (GI) — the measure of its ability to raise blood sugar levels after eating — when compared with 233 other types of rice consumed around the world.

Swarna and Mahsuri’s GI levels were below 55. Another favourite among Indians —Basmati — too fared well but figured in the middle GI group (with GI levels above 60). This means that Indians, especially the country’s 60 million strong diabetic population, need not worry about having rice in their diet.  TIMES OF INDIA ONLINE 

Science centre provides window to another world to youngsters

Sixth grader Hadi Jalwan leapt out of his seat and enthusiastically ushered an acquaintance to follow as he led her toward the Temporary Exhibit Hall where the SciTech annual summer festival was taking place.

One really cannot miss it. Swarms of proud mothers flocked at the entrance and scattered in the exhibit that displayed their children’s finished work from scientific experiments to abstract art. The lights in the room were dimmed and amid the commotion of students a girl stood out.  ARAB NEWS ONLINE

Sikap

Kalau sukan Olimpik atau SUKMA menggambarkan perlumbaan di antara para atlet untuk berada di hadapan dan menang serta menjadi juara dalam acara-acara yang dipertandingkan,  maka begitu jugalah dalam ‘sukan’ yang lebih dekat dengan kita iaitu ‘kehidupan’.  Kehidupan boleh dianggap sebagai satu sukan,  kerana wujudnya perlumbaan dan persaingan di antara insan yang menghuni dunia ini yang menjadi pesertanya.  Dalam apa juga sukan,  pertandingan atau perlumbaan,  yang lemah atau yang kurang berstamina atau tenaga akan ketinggalan.

Dalam ‘perlumbaan’ kehidupan yang kita sertai,  persediaan kita ialah mengumpul cukup tenaga untuk turut serta dalam ‘pertandingan’  yang berlangsung.  Kalau di dalam sukan Olimpik atau SUKMA yang kita ketahui,  persediaan yang perlu kita lalui ialah mengadakan latihan secukupnya,  dan memakan makanan yang berkhasiat dan yang akan membawa bersamanya stamina atau tenaga kepada kita.

Dalam hal ‘sukan’ kehidupan pula,  persediaan yang dimaksudkan ialah melakukan sesuatu yang akan menambah dan melengkapkan diri kita dengan secukupnya.  Ini bermaksud bahawa kita perlulah membekalkan diri kita dengan segala-galanya yang boleh membantu kita.  Lebih tepat yang kita maksudkan ialah membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan dan teknologi-teknologi terkini yang berkait rapat dan berguna kepada kita dalam menjalani kehidupan.  Inilah yang akan memberi kekuatan,  tenaga  dan  stamina kepada kita.  Tanpa faktor-faktor ini,  maka akan ketinggalanlah kita dalam ‘perlumbaan’ ini.

Senario ini memang diketahui umum.  Hasilnya perlumbaan hidup ini berjalan dengan rancak,  kerana tidak ada seorang pun yang mahu ketinggalan atau ditinggalkan.  Bijak pandai ada mengatakan bahawa ilmu pengetahuan adalah senjata atau mekanisma penting dalam perjuangan atau perlombaan hidup kita.

Dari zaman awal tamadun lagi,  keadaan ini telah wujud.  Maka itulah telah banyak dicipta ketika itu ilmu dan pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk membantu manusia mara kehadapan.  Masing-masing bekerja keras untuk menentukan mereka dibekalkan ilmu dan pengetahuan yang lebih terkini,  supaya dapatlah mereka menghadapi cabaran-cabaran hidup dengan lebih tabah,  lebih sempurna dan lebih sedia.

Seluruh masyarakat dunia mengakui akan pentingnya persediaan dalam menghadapi hidup di zaman yang akan datang.  Maka itu tiap seorang bersungguh-sungguh mencari jalan dan berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan,  atau mengumpul ilmu,  atau mencipta teknologi yang akan membawanya ke barisan hadapan perlumbaan ini.

Akan tetapi,  keadaan ini tidaklah menyeluruh.  Masih ada yang tidak mahu membuat persediaan ini.  Masih ada yang kurang berminat atau tidak berminat menimba ilmu.  Masih ramai yang lebih menumpukan perhatian untuk mendapat sesuatu dengan cara lebih mudah – kepada mereka -  iaitu seperti meminta-meminta dan mengharapkan bantuan dihulurkan dari satu kesatu masa.  Pendekkata mereka lebih suka mengambil jalan pintas untuk kehadapan.  Mereka inilah yang nanti akan ketinggalan,  tercicir dan ditinggalkan,  tambahan pula memang diketahui bahawa bantuan tidak akan berlangsung buat selama-lamanya.

Blog TEKNOLOGI SENTRAL

Salam Hormat dan Selamat Sejahtera kami ucapkan kepada saudara.   Dan Selamat Datang untuk saudara yang baru memasuki laman blog ini.

Blog TEKNOLOGI SENTRAL ini bertujuan untuk membantu saudara merapatkan diri kepada teknologi dan ilmu pengetahuan yang akan membawa saudara kepada satu kehidupan yang lebih sejahtera dan cemerlang di masa depan.

Blog ini adalah seiring dengan usaha kami di EPC TECHNOLOGIES membawa teknologi kepada kehidupan seharian saudara.

Kami harap,  bahan-bahan dalam blog ini dapat membantu.

PERANAN BLOG INI

Blog  TEKNOLOGI  SENTRAL  ini diwujudkan untuk kemudahan saudara.   Ia telah dimuatkan dengan bahan-bahan yang sesuai dan relevan dengan keperluan harian kita,  dalam menghadapi kehidupan di era teknologi hari ini.   Jika saudara lihat pada laman-laman diwujudkan,  saudara akan mengetahui bahawa  tiap jenis teknologi yang difikirkan penting,  berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita,  disertakan.

Agak lama kami memikirkan jenis-jenis post atau isi kandungan yang perlu dipaparkan.  Kami berhasrat bahawa apa yang kami paparkan akan membawa keuntungan kepada saudara,  sambil memacu kehidupan saudara ke zaman mendatang dengan lebih bersedia lagi.

Tiap laman yang diwujudkan mempunyai hubungan yang erat dengan kumpulan-kumpulan sasaran,  terutama yang tinggal di kawasan-kawasan desa di negara ini.  Ada lagi laman yang sedang kami fikirkan untuk disertakan di dalam lamanweb/blog ini.  Setakat ini kami menyediakan laman-laman yang merangkumi subjek-subjek seperti Teknologi Pertanian,  Teknologi Maklumat,  Teknologi Pendidikan,  Teknologi Perikanan  dan  Teknologi Ternakan.

Dalam masa terdekat akan kami wujudkan pula laman-laman untuk Teknologi Perushaan Desa,  Pembangunan Keluarga dan juga Pembangunan Agama.

Pendeknya,  kami akan mewujudkan laman-laman yang merangkumi tiap aktiviti dan bidang kehidupan kita.  Harapan kami juga supaya isi kandungan laman-laman ini akan menjadi sumber bimbingan,  rujukan  dan  panduan kepada kita semua demi kesejahteraan dan kecemerlangan kehidupan kita di masa hadapan.